Sejarah Sudip Kayu Catering

Saturday, March 28, 2009



Sudip Kayu Catering merupakan idea dua sahabat baik.

Semuanya bermula disini...;
Suatu hari Emma perlu mengadakan Majlis Kesyukuran bagi mengalu-alukan kepulangan kakaknya dari New Zealand.
Atas kecuaiannya, Emma baru tersedar bahawa semua perkhidmatan katering tidak lagi mahu menerima sebarang tempahan berikutan begitu banyak majlis perkahwinan diadakan pada bulan Disember + Cuti Sekolah .


Dipendekkan cerita, Emma tiba-tiba teringat akan kawannya yang memang terkenal dengan keenakan masakan di zaman Universiti dahulu.
Dengan kerelaan, Izzah menolong kawannya itu. Ketika majlis berjalan, ramai yang memuji masakan serta hidangan majlis.

Kemudian Emma mendapat idea untuk menjalankan perkhidmatan katering, oleh kerana Izzah tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Izzah setuju dan kemudian...

lahir lah Sudip Kayu Catering!

23 March 2009 telah menjadi saksi Kejayaan kami berdua!



::ini Izzah::



::ini Emma::

0 comments:

Post a Comment

Sudip Kayu Catering Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino