Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 2, 2009

Tanggal 31 bulan 8, 57...
Hari yang mulia...
Hari yang bahagia...
Sambut dengan jiwa yang Merdeka!
MERDEKA!

Mari kita seluruh warganegara...
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka!
MERDEKA!

31 bulan 8, 57...
Hari mulia...
Negaraku Merdeka!
MERDEKA!



Hah! amacam? Ingat lagi tak lagu ni? Malulah kalau sebagai warganegara Malaysia tak ingat akan lagu ni...

Berita gembira kepada semua peminat-peminat pelanggan kami!

Bersempana dengan sambutan bulan kemerdekaan ini,
kami telah bermurah hati menawarkan pakej istimewa KEMERDEKAAN!


Setiap tempahan perkhidmatan katering + perkhidmatan kanopi + perkhidmatan meja & kerusi akan diberi perkhidmatan hiasan kanopi + perkhidmatan hiasan meja & kerusi SECARA PERCUMA!


ape tunggu lagi! cepat-cepat dapatkan tempahan anda hari ini!

Syarat-syarat:
-perkhidmatan katering adalah minimum bagi 500 kepala.
-hiasan adalah hiasan asas sahaja.
-warna bergantung pada warna-warna yang tersedia ketika itu (tempahan awal diperlukan)

Majlis Resepsi Zaini N Laila

Monday, June 29, 2009

Hai Semua!


Bermula cuti sekolah yang lalu,
Sudip Kayu Catering menerima berduyun-duyun tempahan (betul ke penjodoh bilangan ni?)
Antara yang terpilih untuk dipaparkan dipamerkan dalam blog kami bulan ini adalah...
....jeng... jeng...jeng...

SWEETY PINK COUPLE

Kenapa pink? Hah... mengikut desas-desus yang kami dengar mereka berdua amat meminati pink.


Kami bawakan kepada anda secara langsung dari Dewan Hotel Quality Shah Alam...

Majlis Resepsi Zaini & Laila

Jangan terkejut, sampai ke bilik kami mengambil gambar pengantin. Sebenarnya si Zaini adalah salah seorang kenalan kami ketika sama-sama menuntut di UiTM dulu.

::Laila N Zaini memberi pose terbaik untuk sesi fotografi mereka::


::Hiasan meja makan pengantin yang pihak kami hiasai dengan kelopak mawar pink::



::sudut tepi meja pengantin::


::Kek pengantin yang dibuat khas untuk mereka bersesuaian dengan tema pink::


::Hiasan meja untuk para tetamu turut dihiasi pelbagai rona warna pink::


::Hiasan kerusi yang dihiasi sentuhan pink::

--------------------------------------------------------------------------------

Selesai tentang perkhidmatan hiasan...
Beralih pula pada perkhidmatan katering.

Zaini N Laila memilih menu berikut pada majlis resepsi mereka yang serba pink malam itu.

1) Nasi Jagung
2) Ayam Masak Merah
3) Dalca Daging
4) Acar Buah
5) Gulai Udang

Bagi pemanis mulut pula;
1) Cupcake coklat
2) Buah-buahan
3) Bubur Pulut Hitam
4) Dadih Strawberry

Di Sebalik Tabir

Monday, May 11, 2009

Salam Sejahtera...

Hari ini kami berbesar hati untuk berkongsi serba sedikit rahsia kejayaan
Sudip Kayu Catering

Allah S.w.t telah menyuruh kita mencari yang halal.
Halal makan serta sumber rezeki itu penting kerana ianya akan menjadi darah daging kita.

KEBERSIHAN + HALAL
merupakan kunci kejayaan kami.

Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang dilimpahkan ke atas kami.




::pekerja kami yang sentiasa berpakaian kemas::



::mesin memasak & membakar::


::bahagian memasak nasi::


::ketuhar pembakar::

Majlis Perasmian Kempen Seni Ukiran Kayu

Sunday, May 10, 2009

Majlis Perasmian Kempen Seni Ukiran Kayu

Sudip Kayu Catering telah pun berbesar hati kerana pihak Majlis Perbandaran Kajang menggunakan perkhidmatan katering kami dalam Majlis Perasmian Kempen Seni Ukiran Kayu Daerah Kajang.

















Bertemakan warna coklat lambang warna kayu, hiasan pada meja dan kerusi dicetus dengan warna yang sedondon.
Persiapan telah dilakukan dengan penuh teliti berikutan kedatangan Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu terhormat dalam majlis itu

















-----------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah senarai hidangan yang kami sediakan:
1) Nasi Minyak
2) Rendang Ayam
3) Sambal goreng
4) Sayur Campur

5) Satay Daging + Ayam
6) Kuah Kacang
7) Mihun Goreng

9) Kuih-Muih
10) Cendol
11) Puding Gula Hangus



Majlis yang berakhir jam 2 petang itu telah cukup membuat warga kerja kami tidak cukup tangan. Namun. kami amat berpuas hati apabila semua memberikan komen yang memberangsangkan.

Kaedah Pembayaran

Wednesday, April 29, 2009

Hai Semua!

Sudah lama kami tidak mengemaskini blog kami. Dek kerana kekurangan masa, serta macam-macam perkara yang kami terpaksa uruskan.

Sepanjang tempoh ini, kami terima bertalu-talu soalan mengenai kaedah pembayaran. Maaf kerana tidak menulis tentang itu di blog. Selepas ini, anda semua bolehlah menempah perkhidmatan kami tanpa ragu-ragu lagi!!!

Terdapat beberapa kaedah pembayaran:

1) Deposit Wang:
Masukkan wang anda ke dalam akaun bank CIMB (no akaun: 050306-724-11-522; nama: Nur Izzah Bte As'ari)
**setelah membuat deposit wang, simpan resit sebagai bukti, serta buat pengesahan sama ada melalui sms atau emel.

2) Melalui Maxis M-Money. Untuk keterangan lanjut, klik sini.

3) Bayaran secara terus ke pejabat kami. Klik sini untuk alamat.


p/s: bayaran deposit yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah tempahan anda. Jika ada sebarang keraguan hubungi kami dengan segera.

Pakej Majlis Perkahwinan

Friday, April 24, 2009

Perkhidmatan Katering Majlis Perkahwinan:


Pakej A (RM13/sekepala; minimum 500 orang):











- Nasi *Beriani/Tomato/Minyak
- Ayam Masak *Serai/Merah
- Daging Masak Hitam
- Acar Buah
- Dalca
- Papadom





Pakej
B (RM14/sekepala; minimum 500 orang):
















- Nasi Putih
- Ayam Goreng Berempah
- Gulai Udang
- Ikan Bakar *Tenggiri/Kembung
- Sayur Campur
- Sambal Belacan + Ulam-ulaman




Pakej C (RM13/sekepala; minimum 500 orang):















- Nasi Putih
- Ayam Panggang Bermadu
- Sambal *Udang/Sotong/Paru
- Daging Rendang Tok
- Sayur Campur





Pencuci Mulut:
- Puding *jagung/gula hangus/roti/koktail (RM 0.80/sekepala)
- Kek *coklat/buah/batik/pisang (RM 0.60/sekepala)
- Buah-buahan *tembikai/oren/pisang (RM 0.20 sekepala)
- Bubur *kacang/cha-cha/pulut hitam/jagung (RM 0.80/sekepala)
- Cendol (RM 0.50/sekepala)
(p/s: boleh menempah lebih dari satu pencuci mulut dalam satu majlis, harga boleh dirunding jika tempahan yang banyak dibuat)


*bahagian yang bertanda boleh dipilih mengikut selera masing-masing.

Maklumat Kami

Tuesday, April 21, 2009


Alamat:

Sudip Kayu Catering Sdn. Bhd
No 8, Jalan Merak 5/32,
Taman Raina, Seksyen 2,
40450, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.



No. Telefon:

Emma (012-67541345)
Izzah (013-7432021)
Pejabat (02-5530281)






Emel:
emma_232@gmail.com
izzy.hazzi@yahoo.com





p/s: untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami. Kami akan menjawab segala pertanyaan anda secepat mungkin. Sila tinggalkan no telefon anda untuk memudahkan urusan kami. Terima Kasih.

Resepi :: Ayam Masak Serai

Sunday, April 19, 2009



Bahan-Bahan:
1) Ayam - 1kg
2) Cili Kering - 300g
3) Serai - 5 batang
4) Bawang Kecil - 400g
5) Bawang putih - 5 ulas
6) Halia - 1 inch
7) Lengkuas - 1 batang
8) Sos tomato + Tomato puri - secukup rasa
8) Garam + Gula + Serbuk Kunyit - secukup rasa

Cara-caranya:
1) Bersihkan ayam + gaul garam + kunyit, kemudian digoreng (jgn sampai garing)
2) Rebus cili kering. Buang bijinya.
3) Hiris serai, bawang kecil, bawang putih & lengkuas. Kemudian kisar bahan2 tersebut bersama2 cili yang telah dibuang biji tadi.
4) Panaskan minyak, tumis bahan2 yang dikisar hingga naik pecah minyak.
5) Apabila bahan tumisan telah pun garing masukkan ayam yang telah digoreng satu persatu, serta masukkan lengkuas yang telah pun diketuk terlebih dahulu.
6) Masukkan sos tomato, tomato puri, garam, gula secukup rasa.
7) Tunggu hingga kering dan tergaul rata pada ayam.

Selamat Mencuba!



::ayam masak serai::

Majlis Perkahwinan Hasikin N Kherol

Wednesday, April 8, 2009



Pada 5th of April 2008...

Sudip Kayu Catering telah menyediakan perkhidmatan SULUNGnya.

Majlis Perkahwinan Hasikin N Kherol.
Bertempat di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor.

Tema Majlis :: simple N nice!

Ini adalah antara menu hidangan yang kami sediakan pada majlis itu:
1) Nasi Putih
2) Ayam Goreng Berempah
3) Gulai Udang
4) Ikan Kembung Bakar
5) Sambal Belacan + Ulam-ulaman

dan Puding Jagung sebagai pencuci mulut!
+
Fruit Punch
+
Buah Oren


Kami turut menyediakan perkhidmatan Menghias N Kanopi.

Bersesuaian dengan tema majis iaitu Simple N Nice,
jadi kami gunakan warna Putih,
+
kelopak bunga orkid N potpourri.
Sedikit sentuhan Kuning pada kerusi.

Sejarah Sudip Kayu Catering

Saturday, March 28, 2009



Sudip Kayu Catering merupakan idea dua sahabat baik.

Semuanya bermula disini...;
Suatu hari Emma perlu mengadakan Majlis Kesyukuran bagi mengalu-alukan kepulangan kakaknya dari New Zealand.
Atas kecuaiannya, Emma baru tersedar bahawa semua perkhidmatan katering tidak lagi mahu menerima sebarang tempahan berikutan begitu banyak majlis perkahwinan diadakan pada bulan Disember + Cuti Sekolah .


Dipendekkan cerita, Emma tiba-tiba teringat akan kawannya yang memang terkenal dengan keenakan masakan di zaman Universiti dahulu.
Dengan kerelaan, Izzah menolong kawannya itu. Ketika majlis berjalan, ramai yang memuji masakan serta hidangan majlis.

Kemudian Emma mendapat idea untuk menjalankan perkhidmatan katering, oleh kerana Izzah tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Izzah setuju dan kemudian...

lahir lah Sudip Kayu Catering!

23 March 2009 telah menjadi saksi Kejayaan kami berdua!



::ini Izzah::



::ini Emma::

Perasmian Sudip Kayu Catering

Monday, March 23, 2009



Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah s.w.t

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kami amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah menjadikan
23/03/2009 sebagai sejarah

bagi
Sudip Kayu Catering.

Hidangan unik, menyelerakan, serta mengghairahkan telah pun tercipta.

Mari! Mari! Mari! Dapatkan tempahan katering anda sekarang!

Hanya yang terbaik dari kami...

::logo kami::


Sudip Kayu Catering Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino