Undi Pemanis Mulut Kegemaran Anda

Sunday, April 11, 2010

Salam Sejahtera,

Pemanis mulut menjadi pelengkap sesuatu jamuan makanan

Kami berbesar hati memberi peluang KEEMASAN kepada semua pelanggan-pelanggan kami untuk menentukan sendiri menu pemanis mulut majlis anda.

Anda semua boleh membuat undian di side bar blog kami bermula HARI INI, dan tamat pada 30 April 2010.

Cepat-cepat! Jangan ketinggalan. Peluang hanya datang sekali...

Mungkin anda akan berbangga kerana kami akan mengguna pakai idea anda.

Terima Kasih!

Undi! Undi! Undi!

Peluang Menjadi keluarga Sudip Kayu Catering

Monday, March 15, 2010

Berita baik untuk anda di luar sana!

Alhamdulillah, setelah setahun kami berada di industri katering ini,
perniagaan kami semakin maju.

Oleh kerana permintaan yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan kami,
kami berhadapan dengan masalah kekurangan kakitangan.

Kepada anda yang masih tercari-cari peluang pekerjaan,
mungkin ini adalah nasib anda.

Berikut merupakan butiran kekosongan jawatan yang kami sediakan.

1) Chef/Tukang Masak (3 kekosongan)

- warganegara Malaysia
- Islam
- berumur 22-30
- lelaki
- pengalaman dlm bidang masakan lbh dari setahun
- keutamaan diberi pada yang tahu memasak makanan melayu, india dan cina

2) Pemandu Lori (1 kekosongan)

- warganegara Malaysia
- lelaki
- berumur 25-40
- mempunyai lesen E
- mahir dengan jalan di Selangor
- berpengalaman sebagai pemandu lbh dari dua tahun

3) Pembantu Pereka Konsep Majlis (2 kekosongan)
- warganegara Malaysia
- perempuan
- berumur 20-25
- berperwatakan menarik
- berpikiran kreatif
- mahir dalam penggunaan komputer


p/s: jika beminat, sila hantarkan resume anda ke alamat email kami (klik sini).
kami akan menyenarai pendekkan calon yang berjaya dan kami akan hubungi calon
tersebut untuk menghadiri temu duga yang akan diberitahu kelak.


Selamat Berjaya!

Selamat Datang 2010

Tuesday, January 5, 2010

Tahun 2010 kini tiba.

Sudip Kayu Catering telah mengadakan promosi sepanjang Januari-Mac 2010.

Nikmati puding jagung cinta manis percuma atas setiap tempahan katering anda!
Syarat-syarat:
-sah bagi tempahan katering melebihi 300 kepala.
-puding jagung tidak boleh ditukar kepada pencuci mulut lain atau dengan wang tunai.


::puding jagung cinta manis oleh Sudip Kayu Catering::

Sudip Kayu Catering Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino