Undi Pemanis Mulut Kegemaran Anda

Sunday, April 11, 2010

Salam Sejahtera,

Pemanis mulut menjadi pelengkap sesuatu jamuan makanan

Kami berbesar hati memberi peluang KEEMASAN kepada semua pelanggan-pelanggan kami untuk menentukan sendiri menu pemanis mulut majlis anda.

Anda semua boleh membuat undian di side bar blog kami bermula HARI INI, dan tamat pada 30 April 2010.

Cepat-cepat! Jangan ketinggalan. Peluang hanya datang sekali...

Mungkin anda akan berbangga kerana kami akan mengguna pakai idea anda.

Terima Kasih!

Undi! Undi! Undi!

Peluang Menjadi keluarga Sudip Kayu Catering

Monday, March 15, 2010

Berita baik untuk anda di luar sana!

Alhamdulillah, setelah setahun kami berada di industri katering ini,
perniagaan kami semakin maju.

Oleh kerana permintaan yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan kami,
kami berhadapan dengan masalah kekurangan kakitangan.

Kepada anda yang masih tercari-cari peluang pekerjaan,
mungkin ini adalah nasib anda.

Berikut merupakan butiran kekosongan jawatan yang kami sediakan.

1) Chef/Tukang Masak (3 kekosongan)

- warganegara Malaysia
- Islam
- berumur 22-30
- lelaki
- pengalaman dlm bidang masakan lbh dari setahun
- keutamaan diberi pada yang tahu memasak makanan melayu, india dan cina

2) Pemandu Lori (1 kekosongan)

- warganegara Malaysia
- lelaki
- berumur 25-40
- mempunyai lesen E
- mahir dengan jalan di Selangor
- berpengalaman sebagai pemandu lbh dari dua tahun

3) Pembantu Pereka Konsep Majlis (2 kekosongan)
- warganegara Malaysia
- perempuan
- berumur 20-25
- berperwatakan menarik
- berpikiran kreatif
- mahir dalam penggunaan komputer


p/s: jika beminat, sila hantarkan resume anda ke alamat email kami (klik sini).
kami akan menyenarai pendekkan calon yang berjaya dan kami akan hubungi calon
tersebut untuk menghadiri temu duga yang akan diberitahu kelak.


Selamat Berjaya!

Selamat Datang 2010

Tuesday, January 5, 2010

Tahun 2010 kini tiba.

Sudip Kayu Catering telah mengadakan promosi sepanjang Januari-Mac 2010.

Nikmati puding jagung cinta manis percuma atas setiap tempahan katering anda!
Syarat-syarat:
-sah bagi tempahan katering melebihi 300 kepala.
-puding jagung tidak boleh ditukar kepada pencuci mulut lain atau dengan wang tunai.


::puding jagung cinta manis oleh Sudip Kayu Catering::

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 2, 2009

Tanggal 31 bulan 8, 57...
Hari yang mulia...
Hari yang bahagia...
Sambut dengan jiwa yang Merdeka!
MERDEKA!

Mari kita seluruh warganegara...
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka!
MERDEKA!

31 bulan 8, 57...
Hari mulia...
Negaraku Merdeka!
MERDEKA!



Hah! amacam? Ingat lagi tak lagu ni? Malulah kalau sebagai warganegara Malaysia tak ingat akan lagu ni...

Berita gembira kepada semua peminat-peminat pelanggan kami!

Bersempana dengan sambutan bulan kemerdekaan ini,
kami telah bermurah hati menawarkan pakej istimewa KEMERDEKAAN!


Setiap tempahan perkhidmatan katering + perkhidmatan kanopi + perkhidmatan meja & kerusi akan diberi perkhidmatan hiasan kanopi + perkhidmatan hiasan meja & kerusi SECARA PERCUMA!


ape tunggu lagi! cepat-cepat dapatkan tempahan anda hari ini!

Syarat-syarat:
-perkhidmatan katering adalah minimum bagi 500 kepala.
-hiasan adalah hiasan asas sahaja.
-warna bergantung pada warna-warna yang tersedia ketika itu (tempahan awal diperlukan)

Majlis Resepsi Zaini N Laila

Monday, June 29, 2009

Hai Semua!


Bermula cuti sekolah yang lalu,
Sudip Kayu Catering menerima berduyun-duyun tempahan (betul ke penjodoh bilangan ni?)
Antara yang terpilih untuk dipaparkan dipamerkan dalam blog kami bulan ini adalah...
....jeng... jeng...jeng...

SWEETY PINK COUPLE

Kenapa pink? Hah... mengikut desas-desus yang kami dengar mereka berdua amat meminati pink.


Kami bawakan kepada anda secara langsung dari Dewan Hotel Quality Shah Alam...

Majlis Resepsi Zaini & Laila

Jangan terkejut, sampai ke bilik kami mengambil gambar pengantin. Sebenarnya si Zaini adalah salah seorang kenalan kami ketika sama-sama menuntut di UiTM dulu.

::Laila N Zaini memberi pose terbaik untuk sesi fotografi mereka::


::Hiasan meja makan pengantin yang pihak kami hiasai dengan kelopak mawar pink::



::sudut tepi meja pengantin::


::Kek pengantin yang dibuat khas untuk mereka bersesuaian dengan tema pink::


::Hiasan meja untuk para tetamu turut dihiasi pelbagai rona warna pink::


::Hiasan kerusi yang dihiasi sentuhan pink::

--------------------------------------------------------------------------------

Selesai tentang perkhidmatan hiasan...
Beralih pula pada perkhidmatan katering.

Zaini N Laila memilih menu berikut pada majlis resepsi mereka yang serba pink malam itu.

1) Nasi Jagung
2) Ayam Masak Merah
3) Dalca Daging
4) Acar Buah
5) Gulai Udang

Bagi pemanis mulut pula;
1) Cupcake coklat
2) Buah-buahan
3) Bubur Pulut Hitam
4) Dadih Strawberry

Di Sebalik Tabir

Monday, May 11, 2009

Salam Sejahtera...

Hari ini kami berbesar hati untuk berkongsi serba sedikit rahsia kejayaan
Sudip Kayu Catering

Allah S.w.t telah menyuruh kita mencari yang halal.
Halal makan serta sumber rezeki itu penting kerana ianya akan menjadi darah daging kita.

KEBERSIHAN + HALAL
merupakan kunci kejayaan kami.

Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang dilimpahkan ke atas kami.




::pekerja kami yang sentiasa berpakaian kemas::



::mesin memasak & membakar::


::bahagian memasak nasi::


::ketuhar pembakar::

Majlis Perasmian Kempen Seni Ukiran Kayu

Sunday, May 10, 2009

Majlis Perasmian Kempen Seni Ukiran Kayu

Sudip Kayu Catering telah pun berbesar hati kerana pihak Majlis Perbandaran Kajang menggunakan perkhidmatan katering kami dalam Majlis Perasmian Kempen Seni Ukiran Kayu Daerah Kajang.

















Bertemakan warna coklat lambang warna kayu, hiasan pada meja dan kerusi dicetus dengan warna yang sedondon.
Persiapan telah dilakukan dengan penuh teliti berikutan kedatangan Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu terhormat dalam majlis itu

















-----------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah senarai hidangan yang kami sediakan:
1) Nasi Minyak
2) Rendang Ayam
3) Sambal goreng
4) Sayur Campur

5) Satay Daging + Ayam
6) Kuah Kacang
7) Mihun Goreng

9) Kuih-Muih
10) Cendol
11) Puding Gula Hangus



Majlis yang berakhir jam 2 petang itu telah cukup membuat warga kerja kami tidak cukup tangan. Namun. kami amat berpuas hati apabila semua memberikan komen yang memberangsangkan.

Sudip Kayu Catering Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino