Majlis Resepsi Zaini N Laila

Monday, June 29, 2009

Hai Semua!


Bermula cuti sekolah yang lalu,
Sudip Kayu Catering menerima berduyun-duyun tempahan (betul ke penjodoh bilangan ni?)
Antara yang terpilih untuk dipaparkan dipamerkan dalam blog kami bulan ini adalah...
....jeng... jeng...jeng...

SWEETY PINK COUPLE

Kenapa pink? Hah... mengikut desas-desus yang kami dengar mereka berdua amat meminati pink.


Kami bawakan kepada anda secara langsung dari Dewan Hotel Quality Shah Alam...

Majlis Resepsi Zaini & Laila

Jangan terkejut, sampai ke bilik kami mengambil gambar pengantin. Sebenarnya si Zaini adalah salah seorang kenalan kami ketika sama-sama menuntut di UiTM dulu.

::Laila N Zaini memberi pose terbaik untuk sesi fotografi mereka::


::Hiasan meja makan pengantin yang pihak kami hiasai dengan kelopak mawar pink::



::sudut tepi meja pengantin::


::Kek pengantin yang dibuat khas untuk mereka bersesuaian dengan tema pink::


::Hiasan meja untuk para tetamu turut dihiasi pelbagai rona warna pink::


::Hiasan kerusi yang dihiasi sentuhan pink::

--------------------------------------------------------------------------------

Selesai tentang perkhidmatan hiasan...
Beralih pula pada perkhidmatan katering.

Zaini N Laila memilih menu berikut pada majlis resepsi mereka yang serba pink malam itu.

1) Nasi Jagung
2) Ayam Masak Merah
3) Dalca Daging
4) Acar Buah
5) Gulai Udang

Bagi pemanis mulut pula;
1) Cupcake coklat
2) Buah-buahan
3) Bubur Pulut Hitam
4) Dadih Strawberry

Sudip Kayu Catering Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino